Saturday, February 5, 2011

     Tika rembulan malam mengulik kemasyukan indahnya alam. Sautan unggas berdendang merdu mencorakkn alunan melodi. Seluruh apa yg ada di langit dan di bumi bagaikan mengerti akan hadirnya suatu laungan gempita menggetarkan keutuhan jiwa. Bersama melafazkan bait2 suci zikir memuji Yang Esa.Membentuk halaqah gergasi menggemparkan pelusuk hamparan dunia. Sibuk beribadah mengangungi AlKhaliq, sujudnya tidak henti , tunduk menyembah Nya dgn rasa kerdil akan diri yg hina. Tumbuhan yang memacak di lembah bumi serta gunung-ganang yg berdiri megah dipayungi lembaran gugusan langit yg memutih saujana. Lintuknya lalang menghijau diusap sapaan angin dingin malam membawa seribu ketenangan kalbu yg mengcengkam dek sanubari. Alangkah segarnya aliran kehidupan ini, meniti rima yg rapi. Cukup buat menyucuk kalbu sang insan yg memerhatikan dgn mata hati akan galuran yg sempurna tiada bandingan akalmu. Jendela hatiku ini bagaikan diketuk suatu sapaan lembut, cukup buatku utk berfikir jeda sejenak menyusun monolog luluh jiwa. Ku imbasi kembali akan hadirnya aku disini dan kompas tujuku dinahari kelak. Ku sedari akan detik yg meniti masa melangkah pantas meluncur zaman. Semakin menghampiri titik penamatnya yg sudah hampir menjengah tiba menjemputku pergi, menemui Yang Maha Esa.Ya!!itulahh dia ... ajal yg akan ku tempuhi bakal membawaku ke alam barzakh. Cukup bersediakah aq kini??

Friday, November 12, 2010

Mengenai Blog



Jika ditanya mengapa ana memilih kudambakancintamuilahi sbgai nama rasmi blog ana, maka sukacitanya ana ingin memantulkan persoalan itu dgn sebuah kata-kata indah yg berbunyi:"cinta pd bunga, maka bunga akan layu..cinta pd manusia, maka manusia itu akan mati...dan cinta yg dikuntumkan pd Ilahi maka Allah akan membalas cinta suci tersebut dgn semekar-mekar cinta hakiki yg tiada tolok bandingnya.Pernahkah kita sejenak menjeda diri memikirkan lunasan isu tentang adilkah kita mencintai makhluk ciptaanNya melebihi apa yg sepatutnya dilahirkan kpd Si Pencipta makhluk tersebut??Jujurkanlah diri memantulkan pertanyaan ana ini berlandaskan paksian keabadian syariat bukanlan pd keutuhan benteng keegoan dan serakah nafsumu. Konklusinya, memang tepatlah bahawa tiadalah hala tuju cinta telus yg yg perlu kita dambakan melainkan kpd Si Pencipta Cinta itu sendiri.Janganlah biarkan cinta kita terkubur hina seperti bunga yg mekar pd awalnya, tetapi layu di kemudianya. Biarkan Ia berputik bak rantaian tasbih yg bersama2 direnjaui tanpa penghujungnya di atas matlamat meagungknNya dgn penuh keberkatan.Sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan syariat itu utk menyusahkan hambaNya inikan pula utk mensia2kn ciptaanNya itu.Ingatlah jalan kebenaran indah itu telah terbentang luas di hdapan kte dn hanyalah kte yg mencorakknnya.Tepuk dada tanye keluruhan imanmu...

Thursday, November 11, 2010

Pengenalanku

Bismillahirrahmanirrahim.........seindah kalam suci buat pembuka bicara kata..
Alhamdulillah...segala puji bgi Allah yg Maha Berkuasa atas sekalian alam. Pertama dan selama-lamanya perhamba yg fakir ini ingin meluahkan rasa kesyukuran yg x terhingga kpd Sang Pencipta krn dgn limpah dan kurnianya, dpt lagi ana mengecapi kenikmatan Iman dan Islam serta segala kurniaan yg x terhitung luasnya. Tak kenal maka tak cinta....mungkin itulah ungkapan yg sesuai bg ana katakan.Siapakah diriku??
Ana akhukum fil Islam..Ismi Muhammad Faiz Bin Mohd Nawi. Kini ana secebis menuntut mutiara kefardhuan ilmu di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah di ting.4 dan menetap di Tanah Merah,Kelantan..
Mungkin dgn sedikit sebyk butiran peribadi yg dicoretkan dpt mengikat tali layaran taaruf ana bersama anda semua sebagai khalifah di muka bumi ini.Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kpdNya kerana dgn izinNya, ana berpeluang menghadirkan diri membawa risalah coretan dakwah melalui medan tinta ini buat tatapan pembaca budiman sekalian.Kusedari diri ini terlalu jahil utk berilmu, ininkan pula ingin mengecapi gelaran"sempurna".Namun , kelemahan hakiki pada setiap makhluk ciptaanNya ini tidak menjadi penghalang bgi ana utk menyampaikan sdkt sebyk ilmu yg terkandung di dada,Insyaallah..Semoga segala catatan pena ini dpt menjadi suatu sumber bacaan yg membawa kita ke arah mendekatiNya dan mengenali akan ketauhidanNya dgn lebih mendalam.Tuntutan maaf dipinta sekiranya terdpt sebarang kekhilafan atau kecacatan apa yg terkandung dlm blog ini.Segala yg baik itu datang dr Allah Taala dan apa yg buruk itu lahirnya dr ana yg kerdil ini sendiri..Wassalam....

Tuesday, November 9, 2010

Mengimbau Nostalgia Kenangan Indah Berkunjung ke Baitillah

     Alhamdulillah tanda kesyukuran yg terhingga keatasNya kerana dgn limpah dan kurnia serta inayahnya ana telah diizinkanNya utk menjejakkan kaki ke Tanah Haram buat pertama kalinya pada tanggal 6Jun 2009 yg lalu. Alangkah bertuahnya diri ini kerana telah terpilih serta dibuka huluan olehNya utk menziarahi sebuah tmpat yg cukup mulia dan berkat di sisiNya yg menjadi igauan buat setiap umat Islam khususnya. Setahun telah berlalu, kenanagn mengunjungi Makkah Almukarramah dn Madinah Almunawarrah buat juung kalinya bagaikan terasa baru semalam brlalu.Tidak pernah lekak dek kunjungan ziarah ribuan tetamu Allah menghangatkan lagi suasana nikmatnya beribadah. Siang dan mlm terang benderang diterangi oleh bulan purnama.
     Ya Rasulullah, x pernah engkau menolak kehadiran kmi umatmu walau sesaatpun, biar apa darjat dan keturunan kmi. Yg sihat dtng bertatang doa,yg cacat dtang brpapa,yg buta dtang bertongkat demi rindu kmi seorang umat kpd nabinya yg x pernah dilihat tpi diyakini kbenaranya dgn berrkat harga keimanannya yg telah engkau wariskn kpd kpd alim ulama yg terus gigih menyambut amanah drpdmu ya Rasulullah s.a.w.
     Dalam derai airmata aku panjatkan rasa kesyukuran yg teramat sgt,terima kasih ya Allah,terima kasih ya Rasulullah tidak pernah daku terfikir kakiku dpt menjejak bumu suci ini di ambang usia muda remaja15 tahun. Usia yg menjadi percaturan ke arah pencorak diri. Suluhan cahaya Nubuwwahmu ya Rasulullah bagai terasa menyapa setiap tetamu yg bertandang ke rumah ibadahMu pd malam gemilang ini. Bagaikan terasa bergaung langit dunia para malaikat mengaminkan doa bgi setiap umat yg memuji dan membesarkanmu ya Rasulullah dlm selawat dn berzanji.
     Benarlah kata org yg pernah smpai ke bumimu ya Rasulullah...andai hati terlara,andai hati berduka, ke marilah untuk bina iman semula,cantumkan hati demi merebut cinta Allah.Di Makkah kita bina iman menggarap rahmat dn keredhaanMu ya Allah. Madinatul Munawarrah lubuk kasih syg kecintaan Rasul ,pusat bina ukhuwah yg terlerai.suasana ygg cukup damai. Hati dijentik, air mata mudah shja berderai dalam memohon taubat kpdMu ya Allah.
     Iman yg dipasak dgn hiasan ksih syg melahirkan insan berjiwa soleh,berjiwa nubuwwwah Jiwa yg sentiasa mencari2 apa lagi kebaikan yg perlu dibuat dlm merebut redha Allah dn syafaat nabi.Ya Allah berilah kekuatan keatas kami hambaMu yg kerdil ini dlm meneruskan jihad menyampaikan amanah dri agamaMu sepertimana NabiMu Muhammad s.a.w, isteri,dn para sahabatnya yg sanggup berhijrah meninggalkan bumi Madinah demi mnyebarkn agamuMu yg benar. Hajat hati ingin bermanja dn berlama2 di bumiMu.Tpi hnya engkau yg lebih mengetahui.
    Ya Rasulullah ,kekuak jendela hati menoleh kearah masjid Alharam yg tersergam indah.Dlm pada kmi membentuk halakah mengalunkan selawat,berzanji dn marhaban,kmi merenung masjidmu yg btul2 d hadapan kmi..Kmi bukan brmimpi,keahiranmu kmi sambut di sini..Duduk brsama jemaah umrah dri sekolahkuyg bersahut2 memujimu,ya Habibullah dlm linangan air mata yg penuh rindu, serindu2nya mengharap dpt menatap wajahmu di Yaumil Masyar dlm sapaan syafaat Uzmamu merebut harga sebuah jannah yakni Syurga Alfirdaus yg abadi..amin...

Sunday, November 7, 2010

Monolog Buatmu Kekasih Allah

Lewat senja tatkala pertama kali kuinjakkan kaki ke rumahMu Rabbi terguyur tubuh dalam simbahan peluh kerana akulah si kerdil dalam palitan dosa yg jenuh syahdu hening itu sudah menjadi sendu...
Lantas di kakiMu aku berteleku,menghembur segala kesal dalam taubatku...Munajat panjang ini hanya untukMu,agar noda dosa yg kubawa terus lebur sirna bersama air mata yang mengalir bagaikan tak mahu berhenti...Sujud pasrah dalam doa kurdus di kaki ruang rumahMu pohon diamunkan dosaku olehMu wahai Rabbul Izati!Lantas doaku diberkati lalu menjadi tetamuMu buat pertama kali..KepadaMu Nabi junjungan kekasih Allah di ruang wangi masjid ini aku terkesima tunduk sujud yang amat syahdu kerna akhirnya..Aku dapat menjejaki tinggalanmu ini wahai Nabi Junjungan Ilahi..Ruang-ruang di Tanah Haram ini amat semerbak sekali betapa ia jerih susahmu dulu tatkala membangun islam di sini dahulu..Namun ia bukanlah halangan semarak imanmu membakar semangat bahawa islam itu sudah kau tegakkan dan kembangkan ke seluruh jagatraya amat indah kerna semilir bayu gurun tidak lagi panas kontang membara tetapi adalah bunga-bunga kebangkitan syiar Islam yg kau bawa..Air mata sedih berbaur kekesalan ternyata amat rapuh di tanah haram ini ketika memasuki ruang indah di Masjidil Nabawi..Wahai Nabi junjungan kami,di sudut sepi RaudhahMu itu yang kedengaran hanya zkir dan selawat keatasMu..Sujud munajatku menjadi amat terharu kiranya aku menjadi tetamu pilihan menjejakkan diri disini dalam rindu yang tak terungkap..Kerna cintaku buatMu adalah cinta hakiki sudah terubat dalam bayu Madinah dan Makkah yg cukup indah...

Friday, November 5, 2010

Diriku sebagai Huffaz

     Taklifat sebagai seorang yg bergelar Hammalatul Quran memng dikatakan suatu kedudukan tinggi yg disanjung oleh masyarakat,keluarga pada zahirnya. Al-Quran ,Qalamullah yg syumul,bukan sekadar bacaan yg hanya meniti di bibir,tetepi perlu diresap dek kalbu hati pembacanya. Bukannya suatu yg ringan, tetapi sarat dgn  tuntutan hak terhadap umat Islam menyeluruh di segenap aspek meliputilah membacanya, menghafaz dan yg paling utama perlu diamalkan dalam implikasi kehidupan mukmin sejati itu.Allah berfirman:
"Sekiranya Kami  Turunkan Alquran Ini Kepada Gunung, Pasti Kamu Akan Melihatnya Tunduk Terpecah  Belah Disebabkan Takut Kepada Allah"Al Hasyr 21
     Terbuktilah ia sesuatu yg cukup besar impak dalam tindakan menyeluruhnya. Mengapa kita dunia hari ini  terlalu sombong kerna seringkali menngetepikan AlQuran itu dalam urusan seharian mereka sedangkan sudah terpampang luas kebenarannya. Dayusnya kita sbagai insan sempurna yg dikurniakan akal dan kelebihan ini sedangkan makhluk lain pun turut tunduk beribadah kpd kekuasaanNya Rabbul Izzah di setiep detik kehidupan mereka. Berbalik semula kpd topik bidag tugasan seorang huffaz ini. Adakah kita sedari, dlm kita menghafaz bait2 qalam suci itu, dimanakah tapak motif kpd misi tindakan itu.
      Diingatkan, niat murni hanya keranaNya, menjadi tunjang kpd keberkatan dan kerahmatan pada apa yg dihafal itu. Menghafaz memang sesuatu yg mudah,tetapi susulan utk mengingatinya secara berpanjangan itu bukanlah suatu tugasan yg mampu disempurnakan oleh insan itu dgn mudah.Ibarat seekor unta liar,andaikata kita sedikit terleka tidak mengawasinya, nescaya ia akan lari dgn serta merta. Justeru, tambatilah hafalan anda dgn ikatan yg cukup kemas supaya ia tersemat rapi di jiwa kita. Murajaahlah AlQuran itu selalu tak kira di mana dan di setiap detik. Selangkah kita meninggalkannya, seufuk jauhnya ia menjarakkan hubungan dgn kita. Tidak ketinggalan balasan azab yg pedih buat mrk yg lalai ini sebagaimana sebuah hadith yg mafhumnya menyebut:"Tidaklah aku melihat dosa yg paling besar di akhirat kelak melainkan dosa seorng huffaz yg melupai hafalannya"
      Nauzubillah ..namun janganlah kita berasa terkonkong dgn peingatan ini utk terus menjauhi kurniaan darjat seorang penghafal AlQuran itu.Pemurah dan Adilnya Allah itu kerna Dia juga menghidangkan hidangan syurga di akhirat kelak buat mereka yg menjaga QalamNya. Dikatakan bagi seorang Hammalatul Quran itu, akan dipakaikan kedua ibu bapa mereka mahkota agung yg terpancar indah cahaya nur yg mana terangnya melangkaui kilaun pancaran mentari di atas singgahsan jannah kelak. Lebih mengaggumkan, tawaran ganjaran bagi memeberi syafaat kpd 10 orang yg teryang pastinya menjadi idaman buat semua insanyg mengimpikan kehidupan bahagia abadi di syurga.
     Tidak dapat disangkal lagi, kehidupan seorang penanggung AlQuran itu juga ada turun naiknya, pahit dan manisnya, suka dan dukanya, liku2 dugaannya, cubaan ujian duniaawi ini dgn penuh kesabaran dan inspirasi iltizam yg menggunung. Tak semua insan itu diberi peluang utk menghafaz AlQuran. Segalanya atas ketentuan dan kekuasaan Allah Taala utk memilih insan yg benar2 bertuah dan layak menggalas tanggungjawab besar ini Ada yg tak terpilih dan ada juga yg hanya dapat melangkah setapak dan terus tersungkur longlai di pertengahan jalan tanpa sempat mengabuli impian mencecah ke titik penghabisan.
      AlQuran yg dihafal ini bukanlah sekadar pelengkap kpd satu kemasyuran nama yg boleh dibanggakan atau atas tujuan suka ria mahupun menunaikan cita2 sang bonda dan ayahanda, tetapi ianya suatu pemandu kpd kejayaan di dunia dan akhirat selain juga penyelamat bagi azab dan kegelinciran dari landasan yg benar. Andai sesebuah buku panduan manual itu dihasilkan sebagai suatu panduan bagi penggunaan sesuatu gajet itu, maka begitu jugalah implikasi penggunaan Kitabul Karim itu sebagai panduan hakiki ita utk mencapai cita2 tertinggi kita mendiami Jannatul Firdaus kelak. Jelas tersuluh kebenaran pada AlFurqan itu lorong terbaik yg terbentang luas dek lapangan penglihatan bebola mata, hanye kita yg perlu waras memilihnya.
      Percayalah, AlQuran itu merupakan kunci buat segalanya menyerkup segenap rima bagi rentap kehidupan insan itu. Andai hati terluka,Dialah tempat pengubat duka, andai hidup tertimpa runtuhan musibah,Dialah tempat pembina semula erti kehidupan,andai hadir musykilah permasalahan kehidupan, di situlah kaunter bagi penyelesaian optimum bagi masalahmu sebagaimana  firmanNya dlm Kitabul Karim yakni" AlQuran ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yg bertaqwa"
     Dunia pada hari ini berasak menyaksikan kehinaan nilai moral seseorang insan itu bermaharajalelakan nafsu apabila mereka seringkali bertopengkan alasan sibuk dan letih bagi meninggalkan AlQuran itu. Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah mereka yang menyifatkan AlQuran dan urusan duniawi fana mereka perlu diasingkan. Begitu jahilnya manusia itu berpayungkan plastik kebendaan menyanjung dunia ini melebihi tuntutan hak mereka kpd Yang Maha Pencipta  sekaligus mengetepikan syariat islam itu sendiri.Masyaallah..
    Perlu diperbetulkan secara totalnya disini bahawa janganlah tersilap pandang yg Qalamullah itu penghalang kpd sinar kecermelangan mereka di dunia ini. Walhal, AlQuran itulah pendorong kpd kejayaan hakiki mereka di dunia mahupun akhirat dgn jaminan yg pasti tanpa sebarang keraguan. Justeru, sesibuk mana sekalipun, sebesar mana tugasan yg digalas, sezarah manapun erti kejerihan lelah,janganlah kam meninggalkan AlQuran. Dampingilah ia selalu,maka kamu akan berkasih cinta di sisi Rabbmu. Berpeganglah pd AlQuran dan warisan AlHadith junjungan Rasulullah, nescaya kamu tidak akan sesekali tersesat..

Wednesday, November 3, 2010

Padamu Allah Kuserahkan Segalanya

Tika gelora kerinduan mencengkam kalbuan jiwaku,
Hatiku berolak protes mahu mendampinginya,
Namun,titik kenodaan itu berjaye ditentang oleh keutuhan imanku,
Syukurlah aku masih ditetapkan iman diteguhkan akidah,
Tiap kali ku pejamkan bebola penglihatan mataku,
Tiap kali itu jualah bayangmu hadir meniti di imbasan mimpiku,
Takku nafikan lagi daku memang merindui dia,
Namun,ku cepat2 kembali kpd keteguhan pegangan landasan syariat agamaku,
Ya Allah, selamatkanlah hambamu yg lemah ini,
Jgn Kau hhinai aku dlm kencah kemaksiatan durkaMu,
Kerna aku masih menggarapkan impian cita syurga nan indahmu,
Ku mengerti kemewahan mainan duniawi ini hanya bayangan ilusi sementara,
Hanya boneka kabusan kaburan kawalan si durjana iblis,
Justeru, pautilah aku dr kelemasan lautan pesongan pd tauhidMu,
Temboktilah diriku dr terus hanyut mencintai insan lain,
Kerna ku tahu cinta hakikiku haknya hanyalah milik tali hubunganMu,
Biarlah aku terseksa sementara didunia dr merana duka diazab di akhirat kelak,
Yg ku mampu hanyalah menghulurkan qalam bicara bait2,
Rintihan luluh jiwaku menerusi konteks hadiah doaku utkmu,
Pada wasilahNya agar dikau bahagia sepanjang renjauan hayatmu,
Agar dikau bertemu jodoh hidup sempurna impian mu kelak,
Semoga dikau bahagia disisi dampingannya lalu dipimpin ke jln kebenaranNya
Doaku akan sentiasa mengiringi jaulah renjauan kembara hidupmu dgn seribu keberkatan,
dan hanya satu pintaku agar jgnlah dikau menantikn pd detik lamaranku,
Bagi jodohdirimu..hanya berpeganglah pd kataku ini,
Andai sudah termaktub di luh mahfuz itu bahawa jodoh sucimu  bersamaku,
Takkan kemana ketentuan itu..bersabarlah dan panjatlah doa pdNya,
Namun, jika yg terutus jodohmu bukan diriku,
Aku tetap redha walau dihimpit sejuta kepasrahan,
yg ku harapkan hanyalah satu pintaan pengabulan buatmu,
Agar walau terhanyut berkuruk detik waktu dan terlanda gelombang halangan ujian
Janganlah sedetipun dikau melupaiku selamanya..
Dalam kesepian bicara,aku sembunyikan perasaan cintaku,
Dan jujurnya dikau pernah menggetarkan hati ini,
Bukanlah aku mahu berego dan sombong,inikan pula berkhianat pd cintamu,
Cuma aku tidak mahu membawa layaran ini pd jalan durka kemungkaranNya,
Inilah buktinya cintaku pdmu hanya atas nama kesucian panji Islam,
Semoga Ilahi merahmati ikatan talian ukhuwah ini di atas paksi rahmat dgn penuh keredhaanNYA..