Sunday, November 7, 2010

Monolog Buatmu Kekasih Allah

Lewat senja tatkala pertama kali kuinjakkan kaki ke rumahMu Rabbi terguyur tubuh dalam simbahan peluh kerana akulah si kerdil dalam palitan dosa yg jenuh syahdu hening itu sudah menjadi sendu...
Lantas di kakiMu aku berteleku,menghembur segala kesal dalam taubatku...Munajat panjang ini hanya untukMu,agar noda dosa yg kubawa terus lebur sirna bersama air mata yang mengalir bagaikan tak mahu berhenti...Sujud pasrah dalam doa kurdus di kaki ruang rumahMu pohon diamunkan dosaku olehMu wahai Rabbul Izati!Lantas doaku diberkati lalu menjadi tetamuMu buat pertama kali..KepadaMu Nabi junjungan kekasih Allah di ruang wangi masjid ini aku terkesima tunduk sujud yang amat syahdu kerna akhirnya..Aku dapat menjejaki tinggalanmu ini wahai Nabi Junjungan Ilahi..Ruang-ruang di Tanah Haram ini amat semerbak sekali betapa ia jerih susahmu dulu tatkala membangun islam di sini dahulu..Namun ia bukanlah halangan semarak imanmu membakar semangat bahawa islam itu sudah kau tegakkan dan kembangkan ke seluruh jagatraya amat indah kerna semilir bayu gurun tidak lagi panas kontang membara tetapi adalah bunga-bunga kebangkitan syiar Islam yg kau bawa..Air mata sedih berbaur kekesalan ternyata amat rapuh di tanah haram ini ketika memasuki ruang indah di Masjidil Nabawi..Wahai Nabi junjungan kami,di sudut sepi RaudhahMu itu yang kedengaran hanya zkir dan selawat keatasMu..Sujud munajatku menjadi amat terharu kiranya aku menjadi tetamu pilihan menjejakkan diri disini dalam rindu yang tak terungkap..Kerna cintaku buatMu adalah cinta hakiki sudah terubat dalam bayu Madinah dan Makkah yg cukup indah...

No comments:

Post a Comment