Friday, November 5, 2010

Diriku sebagai Huffaz

     Taklifat sebagai seorang yg bergelar Hammalatul Quran memng dikatakan suatu kedudukan tinggi yg disanjung oleh masyarakat,keluarga pada zahirnya. Al-Quran ,Qalamullah yg syumul,bukan sekadar bacaan yg hanya meniti di bibir,tetepi perlu diresap dek kalbu hati pembacanya. Bukannya suatu yg ringan, tetapi sarat dgn  tuntutan hak terhadap umat Islam menyeluruh di segenap aspek meliputilah membacanya, menghafaz dan yg paling utama perlu diamalkan dalam implikasi kehidupan mukmin sejati itu.Allah berfirman:
"Sekiranya Kami  Turunkan Alquran Ini Kepada Gunung, Pasti Kamu Akan Melihatnya Tunduk Terpecah  Belah Disebabkan Takut Kepada Allah"Al Hasyr 21
     Terbuktilah ia sesuatu yg cukup besar impak dalam tindakan menyeluruhnya. Mengapa kita dunia hari ini  terlalu sombong kerna seringkali menngetepikan AlQuran itu dalam urusan seharian mereka sedangkan sudah terpampang luas kebenarannya. Dayusnya kita sbagai insan sempurna yg dikurniakan akal dan kelebihan ini sedangkan makhluk lain pun turut tunduk beribadah kpd kekuasaanNya Rabbul Izzah di setiep detik kehidupan mereka. Berbalik semula kpd topik bidag tugasan seorang huffaz ini. Adakah kita sedari, dlm kita menghafaz bait2 qalam suci itu, dimanakah tapak motif kpd misi tindakan itu.
      Diingatkan, niat murni hanya keranaNya, menjadi tunjang kpd keberkatan dan kerahmatan pada apa yg dihafal itu. Menghafaz memang sesuatu yg mudah,tetapi susulan utk mengingatinya secara berpanjangan itu bukanlah suatu tugasan yg mampu disempurnakan oleh insan itu dgn mudah.Ibarat seekor unta liar,andaikata kita sedikit terleka tidak mengawasinya, nescaya ia akan lari dgn serta merta. Justeru, tambatilah hafalan anda dgn ikatan yg cukup kemas supaya ia tersemat rapi di jiwa kita. Murajaahlah AlQuran itu selalu tak kira di mana dan di setiap detik. Selangkah kita meninggalkannya, seufuk jauhnya ia menjarakkan hubungan dgn kita. Tidak ketinggalan balasan azab yg pedih buat mrk yg lalai ini sebagaimana sebuah hadith yg mafhumnya menyebut:"Tidaklah aku melihat dosa yg paling besar di akhirat kelak melainkan dosa seorng huffaz yg melupai hafalannya"
      Nauzubillah ..namun janganlah kita berasa terkonkong dgn peingatan ini utk terus menjauhi kurniaan darjat seorang penghafal AlQuran itu.Pemurah dan Adilnya Allah itu kerna Dia juga menghidangkan hidangan syurga di akhirat kelak buat mereka yg menjaga QalamNya. Dikatakan bagi seorang Hammalatul Quran itu, akan dipakaikan kedua ibu bapa mereka mahkota agung yg terpancar indah cahaya nur yg mana terangnya melangkaui kilaun pancaran mentari di atas singgahsan jannah kelak. Lebih mengaggumkan, tawaran ganjaran bagi memeberi syafaat kpd 10 orang yg teryang pastinya menjadi idaman buat semua insanyg mengimpikan kehidupan bahagia abadi di syurga.
     Tidak dapat disangkal lagi, kehidupan seorang penanggung AlQuran itu juga ada turun naiknya, pahit dan manisnya, suka dan dukanya, liku2 dugaannya, cubaan ujian duniaawi ini dgn penuh kesabaran dan inspirasi iltizam yg menggunung. Tak semua insan itu diberi peluang utk menghafaz AlQuran. Segalanya atas ketentuan dan kekuasaan Allah Taala utk memilih insan yg benar2 bertuah dan layak menggalas tanggungjawab besar ini Ada yg tak terpilih dan ada juga yg hanya dapat melangkah setapak dan terus tersungkur longlai di pertengahan jalan tanpa sempat mengabuli impian mencecah ke titik penghabisan.
      AlQuran yg dihafal ini bukanlah sekadar pelengkap kpd satu kemasyuran nama yg boleh dibanggakan atau atas tujuan suka ria mahupun menunaikan cita2 sang bonda dan ayahanda, tetapi ianya suatu pemandu kpd kejayaan di dunia dan akhirat selain juga penyelamat bagi azab dan kegelinciran dari landasan yg benar. Andai sesebuah buku panduan manual itu dihasilkan sebagai suatu panduan bagi penggunaan sesuatu gajet itu, maka begitu jugalah implikasi penggunaan Kitabul Karim itu sebagai panduan hakiki ita utk mencapai cita2 tertinggi kita mendiami Jannatul Firdaus kelak. Jelas tersuluh kebenaran pada AlFurqan itu lorong terbaik yg terbentang luas dek lapangan penglihatan bebola mata, hanye kita yg perlu waras memilihnya.
      Percayalah, AlQuran itu merupakan kunci buat segalanya menyerkup segenap rima bagi rentap kehidupan insan itu. Andai hati terluka,Dialah tempat pengubat duka, andai hidup tertimpa runtuhan musibah,Dialah tempat pembina semula erti kehidupan,andai hadir musykilah permasalahan kehidupan, di situlah kaunter bagi penyelesaian optimum bagi masalahmu sebagaimana  firmanNya dlm Kitabul Karim yakni" AlQuran ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yg bertaqwa"
     Dunia pada hari ini berasak menyaksikan kehinaan nilai moral seseorang insan itu bermaharajalelakan nafsu apabila mereka seringkali bertopengkan alasan sibuk dan letih bagi meninggalkan AlQuran itu. Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah mereka yang menyifatkan AlQuran dan urusan duniawi fana mereka perlu diasingkan. Begitu jahilnya manusia itu berpayungkan plastik kebendaan menyanjung dunia ini melebihi tuntutan hak mereka kpd Yang Maha Pencipta  sekaligus mengetepikan syariat islam itu sendiri.Masyaallah..
    Perlu diperbetulkan secara totalnya disini bahawa janganlah tersilap pandang yg Qalamullah itu penghalang kpd sinar kecermelangan mereka di dunia ini. Walhal, AlQuran itulah pendorong kpd kejayaan hakiki mereka di dunia mahupun akhirat dgn jaminan yg pasti tanpa sebarang keraguan. Justeru, sesibuk mana sekalipun, sebesar mana tugasan yg digalas, sezarah manapun erti kejerihan lelah,janganlah kam meninggalkan AlQuran. Dampingilah ia selalu,maka kamu akan berkasih cinta di sisi Rabbmu. Berpeganglah pd AlQuran dan warisan AlHadith junjungan Rasulullah, nescaya kamu tidak akan sesekali tersesat..

No comments:

Post a Comment