Monday, November 1, 2010

Qalbun Nisa

   Seketul daging yg ckup penting menjadi pemangkin janaan utama pencorak kpd keperibadian sesuatu jasad. Itulah dia sebuah organ bergelar “hati”. Cukup kompleks dan luas ifukan pembicaraannya. Sukar dirungkai dan diduga oleh mana2 insan lain melainkan Sang Pencipta "hati" itu yakni Rabbul Izzah. Hatilah segalanya. Melunaskan peranan utama dlm menggerakkan rupawan akhlak dan akidah sang hamba Allah. Jika buruk hatinya maka gemerlapanlah perilakunya. Begitu juga jika indah daging itu, maka terpancarlah nur akhlak rohaniah seseorang itu. Yang ingin diperkatakan disini ialah hati kpd hawa yakni pelengkap kpd fitrah berpasangan si jejaka. Mungkin diri ini x layak dan pakar mahu memuntahkan kupasan isu hati wanita kerna diriku hanyalah si Adam biasa yg x seakrab dgn mna2 hawa, apatah lagi mendalami selaman lautan hati hawa itu sendiri. Ibuku, itulah wanita tunggal yg sedang kulamuni cintanya di saat ini. Masyuknya aku mendambakan kasih yg x berbelah bahagi ini yg x bisa ku curahkan pada mana2 hawa lain melainkan tahta pasangan hidupku kelak. Ku calitkan di kamar qalamku ini, sekadar apa yg ku ratapi,ku fahami, atau pernah kurungkai penemuannya sendiri sebelum ini.
    Pertamanya, dapat kukatakan qalbun golongan ini begitu sensitif. Bisa tertusuk dek tujahan meskipun terlalu kecil. Rapuhnya ia terlalu mudah tercalar oleh permasalahan dgn kata lainnya "mudah terasa". Mungkin di mata nilaian lelaki ia adalah remeh, namun ia mudah sahaja menyayukan dan memilukan hati sang hawa. Hati yg lembut mungkin x mampu memprotes marah, yg mampu hanyalah air mata sebagai ganti senjata menunjukkan kepasrahan yg terbit. Itulah agenda yg mungkin lahir pabila terasa atau terlanda ombakan permasalahan. Nmun, x sesiapapun yg menafikan akan cekal dan teguhnya hati ini melangkaui kekentalan hati si Adam. Masih utuh walau  tertimpa ombakan cabaran dan dugaan yg melanda tinggi. Itulah nasnya mengapa golongan ini diberi kelebihan  berbanding bapa dek kerana kesusahan dan nilai pengorbanan yg ditunaikan oleh mereka lebih besar. Mungkin bagi lelaki sesuatu permasalahan itu dianggap kecil dan diambil mudah secara lewa sekaligus mewatakkan gaya cool dan bersahaja. Namun sudut perspektif ini cukup berbeza sekali dgn golongan hawa. Cukup mengambil berat, difikirkan secara mendalam, dikaji di segenap inci sebab dan kesannya kelak mengenai apa jua perkara. Cerewetnya mereka bukanlah bermakna mengada-ngada, namun buktinya ia sebagai tanda caknanya akan memilihkan keputusan dan kepentingan sesuatu itu.Hebatkan hati??
     Keduanya, cuba kte selaki hijab di sebalik hati itu yakni mencari kunci kepada kotak hati. Adakah ia diibaratkan pagar yg memenjarai hati?tidak!! Ia ibarat "remote" kpd hati. Mengawal dan membentengi haluan ke jalan yg benar.Mencari cinta hakiki pd pemilikan  hati itu, iaitu x lain lagi ialah kembali kpd tunjang utama sebuah kehidupan, yakni kembali pd dampingan Allah Taala..

No comments:

Post a Comment